Selasa, 19 Julai 2011

Beza Blogger Femes Dengan Newbie Blogger Blogger Femes

1. Buat entri letak gambar tanpa apa-apa huruf ramai orang komen.

2. Update 10 kali sehari (Wajib).

3. Terer main SEO

4. Kuat tacink. Tapi ramai bekap.

5. Tulis entri pasal jumpa katak dalam tandas ja. Ramai yang tertarik.

6. Banyak iklan kat blog. Termasuk iklan ubat kuat.

7. Bagi tips dan guideline untuk jadi hebat dan femes.

8. Komputer dan internet adalah teman karib.

9. Peka dengan isu semasa. Pantang alpa.

10. Repost entri lama tapi jarang yang balas, "Weh, hang duk kurun berapa !".

11. Tulis entri kosong, apa pun takda. Ramai yang kata bagus.

12. Tido lambat, selalu nampak ping sini sana.

13. Kutuk blogger lain maka ramailah tentera trafik muncul di blog yang dikutuk secara tiba-tiba.

14. Cerita putus dengan awek, ramai yang tawar diri nak jadi awek.

Newbie Blogger

1. Blog nama pelik. kisahakukaudiadanpakcikabu.blogspot.com (contoh).

2. Follower sikit. Kebanyakan rakan-rakan dia jugak.

3. Selalu ping entri tiada seorang insan langsung yang ingin klik dan nak baca.

4. Suka mengalah. Sikit-sikit nak berenti buat blog.

5. Tempek gambar XXX-Large punya bagi perempuan dan tempek gambar kontrol macho bagi lelaki.

6. Update sebulan sekali, time cuti katanya.

7. SEO tu apa ? tanya kawan kita.

8. Tacink sikit lepas tu kena kutuk dengan orang lain.

9. Buat entri kontroversi lepas tu ramai yang pangkah sampai blog tutup.

10. Ayat tunggang terbalik, bahasa rempit pun kadang-kadang ada.

11. Banyak widget terapung macam rumpai laut.

12. Suka publisiti murahan.

kepada Allah alam bersujud

Apabila kita secara mudah dapat memahami bahawa sesuatu kejadian yang berlaku secara kebetulan atau tanpa sengaja itu akan semakin mengecil kemungkinannya apabila ianya berulang-ulang, malah akan menjunam ke tahap mustahil akhirnya, maka kita menjadi mudah memahami hakikat alam ini tidak mungkin berlaku dan terjadi secara kebetulan. Ia mesti dengan satu kehendak yang sengaja, berniat dan bermotif.

Kita misalkan lagi, seorang buta yang tidak pernah menembak, tiba-tiba menembak tepat ke sasaran dari jarak 100 meter, walaupun sukar dipercayai, tetapi ‘hukum kebetulan’ akan membenarkan. Tetapi bolehkah dibenarkan jika tembakan tepat itu berulang-ulang sampai 10 atau 100, apatah 1000 kali? Sudah tentu mustahil. Kecuali dia seorang buta yang luar biasa atau buta yang celik!

Sekarang mari kita lihat kepada alam semesta. Anda akan dapati ‘hukum kebetulan’ adalah mustahil secara mutlak. Contoh si buta tadi, walaupun dikira mustahil, tetapi dia adalah manusia yang tetap berakal, berfikir dan berusaha untuk menembak dengan tepat. Adapun alam ini, adakah ‘hukum kebetulan’ itu adalah pemikir? Ia berfikir untuk mencipta dan mentadbir alam ini?

Lihat unsur-unsur gas yang begitu banyak di alam ini, samada di bumi atau di langit, yang terbentuk daripada kesebatian di antara zarah-zarah yang membentuk atom dan molekul, bagaimana dibayangkan satu sistem tetap tak berubah yang membolehkan hidrogen yang paling ringan misalnya, tidak bertukar menjadi uranium yang menakutkan sekali kekuatannya melalui tergelincirnya jumlah dan komposisi elektron, proton dan neutron daripada hukum dan sunnahnya, tanpa kita akur bahawa ia mustahil berlaku tanpa satu kuasa agung yang memperakukan dan menjamin satu hukum pasti padanya? Jika perubahan-perubahan kimia di dunia ini keluar sedikit sahaja daripada hukumnya, nescaya tiada kehidupan apapun yang boleh hidup di dalamnya. Dengan erti, mustahil sistem dan sunnah ini terjadi secara kebetulan. Ini mesti ada akal, kehendak, kesengajaan dan kekuatan yang menguruskannya. Adakah kekuatan itu namanya ‘kebetulan’ atau namanya Allah?

Kemudian, sistem suria ini, dengan bilangan bebola gergasinya yang tak terhitung jumlahnya, bagaimana dibayangkan harmoninya pergerakan mereka di orbit masing-masing tanpa pertembungan sesama sendiri yang jika terjadi, pasti membentuk kiamat ngeri buat kehidupan, adalah tersusun tanpa tangan, kehendak dan kemahuan yang memaksakan hukum ke atasnya? Sedangkan sebuah bandar manusia yang sesak kenderaan yang dialirkan di jalan-jalan raya yang telah ditulis pakai undang-undangnya oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan perancang bandar, hari-harinya adalah cerita kemalangan dan malapetaka! Adakah alam semesta ini telah terbentuk melalui hukum tak sengaja atau kebetulan?!

Bagaimana pula dibayangkan teraturnya kejadian siang dan malam, pertukaran musim, hubungan intim bumi dan bulan, angin dan hujan, lautan dan darat, gas-gas yang beracun dan berkuasa tinggi, hukum graviti dan pelbagai rahsia alam lagi, adakah semuanya itu berlaku secara kebetulan? Maha suci Allah yang menunjuki zatNya melalui penciptaanNya yang menakjubkan.

3) Fenomena kehidupan

Selepas kita memahami bukti pertama dan kedua melalui fenomena barunya alam ini dan fenomena wujudnya satu kehendak ke atas kejadian alam ini, maka mari kita melihat kepada fenomena ketiga yang tersaksi di dalam kehidupan ini yang membuktikan kewujudan dan keesaan Allah. Fenomena tersebut adalah fenomena wujudnya kehidupan atau hayat.

Kewujudan ini adalah lautan benda atau material. Tetapi, di dalamnya wujud suatu unsur yang lebih menakjubkan iaitu kehidupan. Manusia hari ini dek kerana terlalu menakjubi kehidupan, telah sampai bermati-matian untuk mengesan kewujudan makhluk kehidupan di luar bumi. Tanpa kehidupan, kewujudan benda adalah gersang dan tanpa seri.

Apakah kehidupan? Mereka yang enggan kecuali bertuhankan material dan akal kontang pernah berkata, kehidupan itu berasal usul daripada satu sel yang halus. Daripadanya berlakulah pembiakan, evolusi dan seterusnya lahirlah bilionan kehidupan sebagaimana hari ini!

Manusia itu penuh nafsu dan kedegilan. Semasa perang dunia kedua, perang ideologi juga beriringan. Kerajaan Rusia telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan buat saintisnya melakukan kajian untuk suatu yang tidak terfikir oleh manusia sebelumnya, mampukan manusia mencipta kehidupan? Selepas hampir 20 tahun kajian makmal, mereka keluar dengan satu rumusan rasmi yang disiarkan di seluruh dunia, bahawa sesungguhnya ilmu kimia tidak mungkin mampu mencipta kehidupan! Ilmu manusia tiada kekuasaan selain perihal material. Kehidupan bukanlah material. Kehidupan adalah keajaiban yang sukar difahami.

Manusia terus degil. Apabila ditanya, apakah tindak balas kimia dan perubahannya mungkin mencetuskan kehidupan? Mereka menjawab, ya, tetapi ia hanya boleh berlaku di planet lain selain planet bumi! Akhirnya mereka berkonklusi, kehidupan sebenarnya bermula dari satu mikro halus di planet asing terbang melayang di mana-mana dan menemui kesesuaiannya di bumi! Malangnya, kekeliruan semakin sengit dan bertimpa-timpa. Bagaimana ia mampu datang dalam dominan sistem cakerawala yang begitu membunuh kehidupan dan bagaimana pula daripadanya boleh tercipta bilionan kehidupan pula di bumi?

Katakan, mereka terus menjawab, tetapi soalan akhir adalah soalan pertama dan asal, siapakah pula yang menciptakan kehidupan pertama bagi mikro halus di planet asing tersebut? Soalan berulang-ulang yang membingungkan otak manusia yang tidak pernah mahu beriman kepada kekuasaan ilahiyah!

Hakikatnya, apapun benda atau material yang wujud, ia tiada akal untuk memikirkan hukum ke atas dirinya sendiri. Zarah-zarah halus yang menjadi asal pembentukan benda hanya mampu tunduk kepada hukum tindak balas kimia, graviti, haba dan sebagainya di sekitarnya. Adapun kehidupan, ia adalah berbeza yang kelainannya adalah menakjubkan.

Daripada kehidupan parasit mikro seperti ameba, tumbuhan, haiwan dan seterusnya raja alam ini iaitu manusia, kehidupan memiliki apa yang tidak dimiliki oleh benda dan material. Tanah adalah material, tetapi di dalam segenggam tanah ada jutaan kehidupan yang merayap yang berilmu, berkehendak dan berkuasa untuk bertindak! Mereka memiliki sifat-sifat tersebut walaupun pada kadar dan kapasiti yang berbeza-beza sekali.

Kemuncaknya adalah manusia yang memiliki segala kekuasaan ke atas semua kejadian di bumi. Ia adalah kejadian yang diberi kesempurnaan untuk menguasai dan merajai kehidupan. Manusia berupaya untuk menambah ilmu, merumusnya, berkehendak, memilih dan menentukan, seterusnya berkuasa melaksanakan. Kemudian manusia juga memiliki suatu yang sungguh seni. Kita namakannya perasaan! Adakah ini tercipta dari zarah, sel dan bentuk-bentuk yang material dan kebumian sifatnya. Tidak mungkin bukan?

Islam menamakannya sebagai ruh. Mereka terus bertanya, apakah itu ruh? Katakanlah, itu urusan Allah. Kita tiada diberi maklumat mengenainya kecuali terlalu sedikit. Kita hanya mengesani kewujudan dan kehadirannya. Kehidupannya? Allahlah pencipta yang mengetahui segala-galanya.

Sekarang anda telah melihat betapa fenomena kehidupan yang wujud di alam ini adalah sesempurna dalil untuk membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah, tuhan pencipta segala. Maha suci Allah daripada sebarang kekurangan

Kisah Harut dan Marut

Surah al Baqarah:102

Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di muka bumi” al Baqarah:30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau” Tuhan berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” al Baqarah:30

Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.

Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkariNya?

Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”

Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .

Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.

Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.

Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.

Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.

Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?

Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.

Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.

Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!

Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.

Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.