Khamis, 28 Julai 2011

Hujah Dangkal Untuk Patahkan Bersih 2.0

Lantaran terlalu banyak kekeliruan mengenai penganjuran Bersih, jadi ana terpanggil untuk menjelaskan hal ini. Mungkin sahabat-sahabat boleh melihat hujah-hujah lain yang telah melambak-lambak di ruangan laman sosial yang lain. Tapi ana di sini, ana mahu kemukakan sedikit pendapat ana dari sudut pemahaman seorang muslim, remaja muslim dan juga pelajar muslim.

Berakhir sudah demam kuning yang melanda negara demokrasi ini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana mencoretkan sepatah dua kata mengenai detik berkontroversi ini walaupun agak lambat lantaran agak sibuk menguruskan modul dan kem.

Baru sahaja jari ini rancak memulakan posting ini ,tiba-tiba ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat baik ana yang rupanya ingin bertanya dengan hal ini juga.

Teringat ana saat kemuncaknya peristiwa ini, ana bermalam di sebuah homestay. Ramai juga yang sibuk berbicara mengenai hal ini. Dan seperti biasa, ana lebih berminat untuk menjadi pemerhati sahaja.

Berhampiran ana, terdapat dua orang sahabat yang masing-masing lantang berbicara mengenai hal itu.Ana hanya memasang telinga. Lantang sekali mereka mengeluarkan hujah. Wah, mantop !

Ada yang mengajak ana turut serta memberikan pendapat tetapi mood bercakap ana hanya datang sekiranya ada isu, sekiranya diminta pendapat dan sekiranya untuk menjalankan amanah sahaja. Biasanya mulut ana akan terbuka waktu itu, ana lebih suka kembali ke fitrah ana yang suka mendiamkan diri sahaja.

Tiba-tiba datang seorang sahabat menyapa.
“Family awak sekarang ini semua berada di KL lah ?”, ana tersenyum menggangguk sambil merangkak merapatinya sedikit.

“Kiranya tiada siapa di rumah awak sekarang ?”, dia kembali membuka topik bicara.

“Ya, mereka ke KL, menziarahi keluarga dan sambil-sambil tu memBersihkan kota raya.”ana mengusiknya.

“Keluarga awak sokong ke ? Awak pun ?”

“ Ya, mestilah “,ana menjawab ringkas tanpa sebarang syak.

“Awak tahu siapa pengerusinya ?” Riak wajah ana berubah. Oh, rupanya dia benar-benar mahu membuka ruang perbincangan.

Ana senyum mengangguk. “Ambiga Sree kan ?”

“Dah Ambiga Sree tu agama apa ?” Dengan nada yang agak tinggi, ana mendapat signal yang petang itu tak sepatutnya berakhir dengan percanggahan pendapat, dalam suasana cuti yang merehatkan dan pembinaan ukhwah yang masih baru terjalin di homestay itu.

Ana senyum dan diam seketika, mukanya nampak serius. Insan lain yang turut berada di situ masih lagi hingar-bingir dangan sokongan terhadap demam kuning ini. Berkira-kira ana nak teruskan perbualan tersebut. Bukan takut, buka tak tahu, tapi teringat akan sebuah hadith nabi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun), di akhirat kelak Allah SWT peruntukkan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya di pihak yang benar (muhiqqun), Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga.”

Dia memandang tajam , menantikan tinta ana. Urat saraf ana berkejar-kejar mencari jawapan bagi mengelakkan perbalahan dan perselisahan. Buntu. Mahu tak mahu, ana terpaksa menjawabnya.

“Hmmm dia Hin...”, tiba-tiba sebelum sempat ana menjawab penuh, seseorang membuka pintu bilik solat dan memberitahu ana terdapat bilik air yang tidak digunakan pada waktu itu.

Ana terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja dia mengkhabarkan perkara itu pada ana walhal di ruangan itu, ramai lagi yang menunggu panjang menunggu giliran masing-masing untuk menggunakan bilik air.

Ana menarik nafas lega dan ana meminta diri untuk ke membersihkan diri lantaran sudah hampir masuk waktu solat.

“Nanti kita borak-borak lagi, ya !” Ana mengakhiri perbualan. Matanya mengiringi ana keluar.

Ana sedikit lega, mujur dapat mengelakkan satu percanggahan pendapat. Bukannya ana tak mahu menerangkan kepadanya, tapi waktu yang tidak sesuai, ditambah pula dengan situasinya yang agak beremosi menyebabkan ana memilih untuk berborak pada waktu lain.

“Kesian, dia tidak faham.” Ana sangat suka mempunyai sahabat-sahabiah yang bukan sahaja pandai dalam ilmu agama, tetapi juga celik politik. Ana memandang seseorang dengan sangat kasihan dan kolot lebih-lebih lagi sekiranya dia pandai dalam bab agama, pandai dalam bab akademik, tetapi isu semasa diabaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan