Ahad, 24 Julai 2011

undang2 islam

Firman Allah Taala:
Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara
mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah
diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari
hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan
musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa
mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah
orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)

FirmanNya lagi:
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh
Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya.
Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah
ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim.
(Al-Baqarah:229)

FirmanNya lagi:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.
(Al-Nur:2)

--------------
Begitulah sebahagian dari nas-nas yang berhubungkait
dengan kewajipan qisas dan hudud. Amat malang sekali
di dunia Islam, yang pemerintahnya adalah orang Islam
dan yang rakyatnya majoriti beragama Islam telah
meminggirkan firman-firman yang berkaitan dengan
qisash dan hudud. Tambah malang lagi, umat Islam takut
terhdap pelaksanaan hukum hudud. Lebih takut dari
hantu jembalang. Dan bertambah-tambah malang lagi,
ialah apabila ada di kalangan tertentu dari umat Islam
yang cuba melakukan propaganda halus memomokkan rakyat
dengan undang-undang hudud. Mereka itu adalah golongan
yang sedang menerima laknat dari ALlah Rabbul Jalil.

wahai saudara2 islam semua ketahui ..jgn la memberi alasan yang anda sendiri tidak pasti kelak akan membinasakan anda semua..nauzubillah..silap percakapan anda akan di kata menentang Allah..kenapa perlu membandingkan dengan org yang bukan Islam..jawapan nye..kita adalah ISLAM.....kita la yang telah diutuskan dimuka bumi untuk melaksanakan syariat Allah..anda ingat perlaksananaan hukum hudud itu begitu mudah..curi je terus potong tangan..dituduh berzina ..disebat seratus sekali..begitu jahilnye kita semua..disebabkan itu kita disuruh menuntut ilmu..bukan membagi pandangan buta tuli..

Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang
itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian
mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang
kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya...
Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak
mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud.
Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat
mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang
perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya..
AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di
dalam al-Quran.

Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang
kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang
Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi
penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang
membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada
undang-undang Islam atau undang-undang mereka.

Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan
hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang
kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang
mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si
muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir
tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang
Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan
kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan
berbanding dengan orang kafir.

Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu
kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para
ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang
Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik
tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada
tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.

Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar
untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud.
Perlu begini dan begini...

Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah
penjenyah yang terlepas begitu sahaja...

------------------
Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau
di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita
wajib melarikan diri darinya.

Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu
mendekatinya dan berdakwah kepadanya.

Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri
darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan
kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.

Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat
orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman
dan pembantu kita..

"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan
Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka."
(Al-Maidah:49)

Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat
ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu
dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta
menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah



ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan