Selasa, 27 September 2011

x paham ak.. yg mane btul pun ak xtau..

Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa Caj Perkhidmatan 3.5% berasaskan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam PTPTN adalah berlandaskan syarak, namun kami pihak pelajar masih lagi ragu-ragu kerana ada beberapa pihak menerangkan bahawa apa sahaja tambahan jika berasaskan peratusan dari jumlah pinjaman pokok ianya adalah riba, minta pihak HTM mengeluarkan Sautun Nahdhah berkenaan isu ini.
Jawapan:
“Caj Perkhidmatan PTPTN Tidak Menyalahi Hukum Syarak” - itulah tajuk yang terpampang dalam laman web JAKIM berkenaan dengan kontroversi caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas bayaran balik pinjaman PTPN. Menurut laman web tersebut, “Muzakarah Khas tersebut diadakan khusus untuk membincangkan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pembiayaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. JKF telah memutuskan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN ke atas pelajar tidak menyalahi hukum syarak. Caj perkhidmatan ini ialah sebagai upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar. Muzakarah Khas tersebut juga dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara yang menyampaikan taklimat khas mengenai kajian jabatan audit terhadap Pengurusan Zakat Oleh Majlis Agama Islam di seluruh negeri. Muzakarah Khas yang telah berlangsung selama tiga (3) jam ini telah dihadiri oleh S.S. Mufti Negeri-negeri, Ahli-ahli Dilantik dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan Pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara serta wakil daripada PTPTN.” [Sumber Laman Web JAKIM]
Hal yang sama juga dinyatakan dalam Utusan Malaysia bertarikh 29/07/2008 dalam ruangan bertajuk Caj PTPTN tidak langgar syarak. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah 4% pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada 3%. “Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN). Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia.
Perbincangan caj perkhidmatan ini mengundang kontroversi yang mana ada pihak yang mengatakan bahawa pinjaman ini adalah riba dan ada pihak yang menafikan. Semoga tulisan ini dapat menjernihkan pemahaman kita tentang riba, dan juga kepada pihak yang sering mengangguk kepala sahaja kepada pihak pemerintah.

Kontroversi Pengumuman Awal Fatwa dan Pendapat Ahli Jawatankuasa
Mengikut laporan Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) selaku Mufti Perlis dan ahli jawatankuasa menyatakan bahawa, dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba. Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan.
Sekarang telah ada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengeluarkan fatwa baru tentang PTPTN, iaitu secara umumnya menganggap bahawa caj 3% itu adalah ‘upah’ untuk kendalian operasi dan juga untuk tidak membebankan penghutang dan pemiutang. Persoalan yang kita perlu tanyakan ialah bagaimana pendapat Jawatankuasa sebelum ini yang sepakat mengatakan riba untuk caj yang dikenakan berasaskan jumlah pinjaman. Tidakkah ini termasuk dalam helah untuk melakukan ‘riba’ tetapi dinamakan ‘upah’ dan diberikan pula justifikasi untuk meringankan beban penghutang dan pemiutang?

Riba Nasiah Dalam Caj PTPTN
Jumlah caj 3% yag dikenakan sebagai kos perkhidmatan sebenarnya adalah jumlah ‘lebihan’ yang perlu dibayar oleh peminjam. Bentuk lebihan ini dikenali sebagai riba Nasiah, Meskipun beberapa pihak PTPTN sedang berhempas-pulas untuk mencampuradukkan akad ini supaya kita melihatnya dalam kaca mata Islam, atau cuba ‘mengislamkan’ akadnya dengan ditempelkan akad yang tidak ada kaitan dengannya seperti Bai, Ijarah dan Qardhul Hasan. Penempelan semacam ini sebenarnya hanyalah untuk memastikan bahawa pinjaman dalam Islam ini dapat ‘diperdagangkan’ seperti dalam sistem kapitalisme. Kos meminjam wang dalam sistem kapitalis adalah kadar bunga, sedangkan dalam Islam kos ini adalah sifar, dan sesiapa yang mengambil ‘kos’ untuk meminjamkan wang hal ini jelas termasuk riba dan seksaan neraka adalah jawapannya. Ringkasnya, di dalam Islam, jika seseorang memberi pinjam kepada saudaranya, maka haram baginya mengenakan apa jua ‘kos’, atau dengan nama apa sekalipun, dengan tujuan untuk mendapat ‘lebihan’ dari pinjaman yang diberi. Lebihan ini sebenarnya adalah riba.
Pinjaman adalah bererti pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu barang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkannya semula. Baik ariah (barang) atau qard (mata wang) yang menjadi ‘pinjaman’, pembayarannya adalah dalam kuantiti yang sama, meskipun mungkin kualitinya lebih baik. Asas utama dalam pemberian ini adalah dalam keadaan untuk ta'wun (tolong-menolong) sesama Muslim tanpa tujuan lain. ‘Pinjaman’ ini bukannya boleh dijadikan asas untuk mendapat keuntungan, kerana pinjaman bukanlah satu ‘perniagaan’ (yang boleh diambil keuntungan). Dalam sistem ekonomi kapitalis sahajalah, pinjaman dijadikan sebagai satu ‘business’ untuk mengaut keuntungan. Justeru, kos/caj tambahan (riba) terhadap pinjaman dikenakan. Malah ia dijadikan alat untuk mendapat kekayaan dan menjanakan kekayaan, baik secara individu mahupun melalui sistem perbankan. Islam mengharamkan aktiviti ini secara mutlak, dan juga pintu-pintu untuk tujuan ini. Ini adalah aktiviti mengambil riba yang sangat jelas keharamannya.

Haramnya Mengambil Lebihan Bayaran Dari Hutang
Islam melarang pembayaran balik hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000. Haram berlaku penambahan walau 1 sen pun kerana ianya adalah riba Nasiah. Keharaman ini dapat dilihat dari hadis dan juga atsar.
Diriwayatkan dari Anas, bahawa dia ditanya tentang seorang laki-laki di antara kita yang meminjamkan harta kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberi hadiah kepadanya. Dia (Anas) berkata: Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam bersabda: “Jika salah seorang dari kalian memberi pinjaman, lalu (orang yang diberi pinjaman) memberi hadiah kepadanya atau menumpangkannya ke atas kenderaan, maka janganlah dia mengenderainya dan janganlah dia menerimanya. Kecuali, jika (perkara memberi hadiah atau memberi tumpang) itu biasa terjadi antara dia (pemberi hutang) dan dia (yang diberi hutang) sebelumnya.” [HR Ibnu Majah]
Diriwayatkan dari Anas dari Nabi Salallahu alaihi wa Sallam beliau bersabda:

“Jika seseorang memberi pinjaman, maka janganlah dia mengambil hadiah." [HR Bukhari dalam Kitab Tarikhnya].
Imam Syaukani juga menambah Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abu Burdah bin Abu Musa, dia berkata: “Aku mendatangi Madinah dan menemui Abdullah bin Salam. Dia berkata kepadaku: “Sesungguhnya kamu berada di tanah yang riba di dalamnya tersebar. Jika kamu memiliki hak atas seseorang, lalu dia menghadiahkan kepada mu seikat jerami, atau seuncang gandum, atau segenggam makanan ruji, maka janganlah kamu mengambilnya, kerana, itu adalah riba.” [Nailul Authar V/258].
Dalam Al-Ma'rifah, Baihaqi mengeluarkan dari Fadhalah bin Ubaid: “Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah salah satu bentuk riba.” [HR Imam Baihaqi]
Harits bin Abu Usamah meriwayatkannya dari hadis Ali ra. dengan lafaz: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam. melarang pinjaman yang menarik manfaat.”


Dalam riwayat lain:
“Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah riba.”

Juga, berdasarkan ijmak yang telah terjadi bahawa setiap pinjaman yang di dalamnya disyaratkan tambahan adalah haram.
Ibnu Mundzir berkata:
“Mereka berijmak bahawa jika pemberi pinjaman mensyaratkan tambahan atau hadiah atas peminjam, lalu dia memberi pinjaman berdasarkan itu, jika dia mengambil tambahan tersebut berdasarkan itu, maka itu adalah riba.”
Diriwayatkan dari Ubay bin Ka'b, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud, bahawa mereka melarang pinjaman yang menarik manfaat.
Dari hadis dan atsar ini menjadi jelas kepada kita bahawa pinjaman yang menarik manfaat, jika tambahan di dalamnya adalah syarat, maka tidak diperselisihkan bahawa itu adalah haram. Sekiranya terdapat bayaran lebihan, ulama bersepakat menyatakannya sebagai riba an-Nasiah yang disepakati keharamannya. [Al-Jami' fi Usul al-Riba, ms 17]

Caj PTPTN - Helah Untuk Muamalah Riba

Seperti yang diterangkan di atas bahawa dalam sistem kapitalis, ‘pinjaman’ merupakan satu business/perniagaan. Inilah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau ‘berniaga’ dengan hutang). Di sinilah mereka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan dengan disaluti oleh fatwa dari Islam.

Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum. Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak. Ini berdasarkan kaedah syarak,

“al-wasilatu ila haram, haram” (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram).
Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri”. [HR Ahmad]

Dan dalam riwayat lain disebutkan, “menamakannya dengan nama lain” [Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, ms 261].
Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.

Kesimpulannya

Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.
Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan pemerintah itu sendiri, inilah masalah sebenarnya. Insya Allah dai dalam Daulah Khilafah nanti, isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya tidak akan wujud sama sekali. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada seluruh umat Islam, khususnya para pelajar yang terlibat.

Khamis, 25 Ogos 2011

Ahmad Maslan cabar langgar AUKU - Mesti baca dan sebar!

Artikel neh artikel copy paste, sumber sudah di nyatakan kat bawah neh, korang nilaikan sendiri perangai ahmad maslan neh.. ingat baca mesti mao sampai habis kalau tak korang takan dapat feel kebodohan ahmad maslan neh. Baca bawah ;




Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.


Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.





Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.


Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.





Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.


Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, “akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”





Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!


Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”


Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.


“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.


“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya.


“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.


“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”


Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.


“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”


Ahmad Maslan:
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan.”


Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”


Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “


Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”


Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “ <-- dia bagi green light ka neh? kah3x


Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”


Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak. <-- kah3x


“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula. <-- ini Ugut ka apa ? Dia ingat kita neh kaki bakar bangunan ka?


“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”


Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”


Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.” <-- masa tue ada AUKU ka? Masa tue dia SOKONG PR ka?


Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”


Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat.” <-- BODOH giler jawapan dia neh !


Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “


Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.

“Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam. <-- bahasa maki terbayang di dalam otak aku time neh


“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit. <-- kah3x waklue larh


“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.” <--


Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.


“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?


“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?”


Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.” <-- akal cetek punya jawapan


Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”


Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah. <-- Ya, bayar guna duit ko


Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”


Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”


Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.


Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”


Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “


Ahmad Maslan:
“Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli <-- hah.. mengaku pun utusan tue milik umno. apa lagi kasi tukar itu nama kepada utusan umno, jangan babitkan malaysia dalam permainan politik keji dan jijik ko umno weh!


Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.


Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/ahmad-maslan-cabar-langgar-auku-mesti.html#ixzz1W6ZNyCvM

Isnin, 22 Ogos 2011

SeGaN

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.

Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.

Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.

Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.

Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.

Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia.
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu.
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

Selasa, 16 Ogos 2011

"Jangan Menilai Sebuah Buku Dari Kulitnya" (ungkapan yg sering kita dengar, terutamanya dr wanita yg x mnutup aurat)

‎"Jangan Menilai Sebuah Buku Dari Kulitnya"

Ungkapan ini sering kita dengar, terutamanya dari wanita yang tidak menutup aurat dan mengaku bahawa hatinya baik dan suci walaupun berpakaian seksi serta memperlihatkan aurat mereka.

Mereka mengatakan bahawa wanita bertudung pun ramai yang berbuat jahat seperti berzina, berbuat maksiat dan bermacam-macam lagi. Malah, mereka juga mengatakan bahawa walaupun mereka tidak bertudung, mereka tidak mengganggu orang lain, tidak mengumpat dan tidak melakukan perbuatan buruk.

Begitulah dakwaan mereka bagi memperlihatkan kebaikan.

Benarkah alasan mereka itu? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sanggup berhujah dengan hadis Rasulullah SAW iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim)

Adalah sesuatu yang sangat dikesali apabila kita mendengar ada orang yang berhujah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Dia menggunakan Islam dalam perkara yang bersesuaian dengan kehendak nafsunya sahaja.

Adakah Allah SWT dapat menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu yang baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah serta Rasulullah SAW, bukannya menerusi neraca pemikiran serta nafsu manusia semata-mata.

Oleh yang demikian, jika ingin merujuk kepada neraca Islam, maka hakikatnya ternyata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada sepotong daging, yang bila ianya baik, maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah, ia adalah hati." (HR Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya, yakni dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan oleh Islam, itu adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarnya sejalan dengan kehendak Islam, maka dia harus dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik di peringkat kedua, adalah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah SWT atau tujuan selainnya, seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru dalam sesuatu hal, kita boleh menilai seseorang itu melalui sifat luarannya. Maksudnya, apabila perkara asas dalam Islam dilanggar, maka sudah tentu apa yang terlihat di luaran itu turut menunjukkan apa yang terkandung di dalam hatinya.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan membuka auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandangnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya.. "
(HR Ahmad dan lain-lain)

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya pada hari itu, lalu menyebabkan lelaki yang melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa (tanpa kurang) bagi setiap mata yang memandang.

Adakah hati seorang seperti ini boleh dikira baik? Setelah segunung dosa menimbus hatinya? Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Bagi yang keras kepala, tiada kata yang dapat diberikan kecuali yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Jika mempercayainya, mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Khamis, 11 Ogos 2011

ADA APA DENGAN CINTA,KASIH SAYANG DAN HATI

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
...
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Isnin, 8 Ogos 2011

GAYA-GAYA PEMAKAIAN TUDUNG ZAMAN SEKARANG

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)


Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.


Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Isnin, 1 Ogos 2011

Watak yang Memalukan Orang Beragama

Drama di Malaysia mula menongkah arus. Drama bertemakan kisah cintan cintun mula kurang mendapat perhatian lebih-lebih lagi apabila kebanyakkan pelakon di Malaysia sendiri mengatakan agak bosan sekiranya mendapat watak sebegitu. Kaku dan macho.

Malah kebanyakkan penonton sudah beralih arah, drama cinta seperti dari Korea mula menjadi pujaan ramai. Apa tidaknya, watak hero yang bersahaja dan sewenang-wenangnya menangis kerana hal cinta benar-benar menunjukkan romantika percintaan yang real ,berbanding hero Melayu yang seringkali perlu berlagak macho serta menjaga ego sebagai lelaki. Tambahan pula wajah cute mute mereka sememangnya menerkam hati remaja Melayu.

Mungkin ini merupakan faktor remaja sekarang menggilai hero + heroin drama Korea.



Tidak kurang juga drama-drama negara jiran yang menjealousi drama Melayu apabila mula mendapat sambutan hangat penonton di Malaysia suatu ketika dahulu.

Walaupun pernah menggemparkan negara dengan lakonan pelakon yang mantap namun tempias pro dan kontra turut terkena apabila kebanyakkan drama negara serumpun ini menampilkan kehidupan masyarakat mereka yang mengguna pakai konsep liberalisme dalam agama dan fahaman yang tidak logik mengundang kekeliruan ramai pihak.

Lambakan kisah lawak turut mengambil alih pawagam suatu ketika dahulu. Menjadi pemecah rekod, pengarah mula memperkenalkan watak-watak hero yang mempunyai style lawak termasuk filem Cicakman yang dimodified daripada Spiderman di layar Hollywood.

Suatu kejayaan bagi pengarah filem di Malaysia apabila berjaya menarik minat penonton dengan menukarkan filem yang sepatutnya bergenrekan serius tetapi diolah sehingga bertemakan lawak.




Lantaran seorang yang suka filem bergenrekan aksi, inilah antara penyebab ana tidak menggemari drama/filem Melayu. Tidak terlalu kasar ana katakan, kebanyakkan hero Melayu hanya menjadi hero kerana watak si penjahat tidak licik dan bukanlah disebabkan keberanian hero tersebut serta ketangkasannya dalam menghadapi pihak musuh.

Kebanyakkan pengarah masih lagi gagal memisahkan drama berbentuk aksi dan lawak. Pembawaan drama/filem di Malaysia yang seringkali mencampurkan kedua-dua genre ini sebagai adik-beradik sangat berbeza dengan drama/filem negara maju yang lain.

Selera penonton mula berubah. Terbaru, drama bertemakan benda ghaib mula berlonggokan di kaca televisyen. Selepas drama bertajuk Susuk, pelbagai jenis drama berbentuk seram mula muncul. Mesejnya sangat menarik, disamping menyajikan penonton yang menggemari kisah seram ia juga dapat memberi amaran kepada masyarakat daripada terus terjebak daripada ilmu hitam ini apabila si pelaku mendapat balasan pada penghujung cerita.


Namun, tidak semua penonton mendapat mesej yang sama. Tempias kontoversi juga terkena apabila kebanjirannya di kaca televisyen membimbangkan banyak pihak. Sememangnya tidak dinafikan, dalam masyarakat Melayu Islam ada yang mengamalkan ilmu hitam, saka, susuk dan pelbagai lagi namun media dikatakan seolah-olah mempopularkan hal tersebut dalam masyarakat lebih-lebih lagi maklumat tentang upacara tersebut serta kelebihan menggunakan ilmu hitam lebih ditonjolkan daripada balasan si pelaku ilmu hitam tersebut.

Tambahan pula, mesej utama drama terbabit bukanlah mahu mencegah masyarakat daripada terlibat dengan hal-hal tersebut tetapi lebih kepada sajian kisah seram kepada penonton.


Setelah kejayaan drama Nur Kasih, kisah cinta islamik yang sangat menarik dengan tonjolan bab poligami sebagai jalan cerita, kaca TV mula dihiasi dengan kemunculan drama berbentuk islamik.


Jika dahulunya, satu perkara yang sentiasa ana perasan apabila watak perempuan bertudung dibawakan, sepastinya watak tersebut adalah negatif. Tonjolan watak islamik yang melebih-lebih dan tidak berakhlak selalunya dipaparkan. Ia sangat mengkahelkan hati dan menyebabkan ana meluat melihat drama tersebut. Sememangnya menjadi satu kehairanan dan tanda tanya, agaknya mengapa watak tersebut dicipta sebagai contoh, drama 'Dunia Baru'.

Kadang-kala terasa janggal untuk mengklasifikasikan drama-drama seperti itu sebagai Islamik. Pelakon yang melakonkan watak muslimah yang taat akan perintah agama namun pakaiannya langsung tidak sesuai, tudung yang tak menepati syariah Islam dan begitu juga dengan tindak-tanduknya terutamanya cara percakapan dengan bukan muhrim dan orang tua, cara bergaul dan lain-lainnya yang seolah-olah hanya menggambarkan penutupan tudung sahaja sebagai watak islamik tetapi tiada penjiwaan dalam memegang watak itu.

Mungkin terlepas pandang barangkali, ya ?

Ana masih ingat drama yang bertajuk 'Tak Serupa tapi Sama' yang masih menyental hati ana sendiri serta mungkin penonton Islam yang lain.

'Tak Serupa tapi Sama' bukannya 'Sama tapi Tak Serupa'.

Satu drama yang secara jelas menyamakan golongan yang mentaati perintah agama dan golongan yang tersasar jauh dari landasan Agama Islam.

Secara total mesej drama ini mengisahkan sebuah keluarga yang terlencong jauh dari perintah agama seperti minum arak dan pergaulan bebas tetapi mempunyai keluarga bahagia serta mereka gemar menjalankan kebajikan.

Manakala sebuah keluarga lagi menunaikan fardu ain namun mempunyai sifat mazmumah seperti malas bekerja, tidak pandai menghormati, merogol dan suami mengongkong isteri.

Hal ini seolah-olah menunjukkan seolah-olah mereka yang tidak taat agama tak semestinya jahat serta mereka yang taatkan agama tak semestinya mempunyai akhlak yang tinggi sedangkan ia tidak mencerminkan kehidupan real kebanyakkan orang beragama lantaran agama Islam sangat mementingkan akhlak dan ketaatan terhadap syariah seperti solat dapat mencegah hal-hal tersebut sebagaimana firman Allah :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan – perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah – ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Ya, sememangnya tak dinafikan wujud sikap sebegitu dalam kalangan orang beragam namun tidaklah seteruk yang digambarkan ataupun mungkin wujud, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja.

إنما بعثت لأتم صالح الاخلق
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh

Walaupun begitu, tahniah ! Produksi perfileman negara nampaknya lebih terbuka untuk menyiarkan kisah islamik yang memaparkan kehidupan 'orang yang beragama'( golongan yang taat akan perintah agama).

Dari suatu sudut, drama-drama islamik secara tidak langsung dapat mengutarakan mesej dakwah sekiranya watak yang direka itu sesuai dan bertepatan secara logik dengan situasi dan keadaan masyarakat namun sayangnya sekiranya lakonannya terbalik pula. Ia bukan sahaja dapat memalukan golongan yang berpegang teguh dengan titah agama tetapi juga seolah-olah menghina syariah Islam itu sendiri.

Minggu lepas, ana tertonton sebuah lagi drama islamik bertajuk 'Tahajud Cinta'. Ana bukanlah seorang yang sesuai untuk memberi pendapat ini kerana ana seorang yang tidak suka menonton dan sangat jarang berada di hadapan TV. Adapun ana menonton TV adalah untuk mengetahui maklumat berkenaan siaran media tersebut yang tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mendapatkan isu semasa.

Namun hal-hal sebegini perlu dipertimbangkan oleh pihak tertentu dan dipandang serius kerana bimbang seandainya industri filem di Malaysia mula beralih arah menjadi seperti drama penganut agama lain yang sewenang-wenangnya mempersendakan Tuhan mereka.

Pernah ana menonton drama masyarakat Kristian dimana dilakonkan di tempat yang sangat sejuk sehinggakan skrip seorang anak yang mendoakan kematian ayahnya berbunyi :

" Semoga dia dimasuk ke dalam syurga, sekiranya dia ditempatkan di neraka sekalipun sekurang-kurangnya di sana Tuhan memberi kepanasan daripada keadaan di sini yang teramat sejuk "

Skrip drama Hindi yang selalu memecah Panggung Sabtu di TV3 pula seringkali mempersoalkan takdir dan akan menyalahkan Tuhan mereka secara jelas sehingga ana sendiri pelik, entah dimana sensitiviti mereka terhadap ajaran mereka.

Jadi, mahukah kita umat Islam seperti itu juga ?


Balik kepada drama Tahajud Cinta, pada ketika itu ana menonton babak seorang muslimah berpurdah dan lelaki yang berwatakkan taat akan perintah agama berdua-duaan di sebuah kawasan berlatar belakangkan negara Jordan.

Bukan itu sahaja, skrip seorang muslim soleh kelihatan sangat janggal apabila memuji mata muslimah tersebut dengan penuh nada kesyahduan intonasi cinta.

Hairan ana.

Apakah sebenarnya persoalan yang ingin ditonjolkan pengarah ?
Percintaan 'islamik' yang disamakan dengan golongan artiskah atau bagaimana ?

Episod selanjutnya lagi merentap jiwa ana apabila menonton babak-babak yang tak logik yang wujud dalam diari seseorang yang taat akan syariah Islam seperti seorang lelaki bukan mahram menyingkap purdah muslimah yang dicintainya.

Ia sangat kelakar ! Ia sungguh menyakitkan !

Selain itu, muslimah terbabit yang lengkap berpurdah turut menyentuh lelaki bukan mahram, walaupun perempuan itu memakai sarung tangan namun matlamat tak pernah menghalalkan cara. Dengan watak orang beragama yang dibawakan oleh mereka yang tak faham agama, ia sangat menjengkelkan.

Selain daripada itu, seperti ana katakan tadi, watak Islamik seringkali menonjolkan mereka yang tak mempunyai akhlak yang baik. Taat akan agama tetapi tidak pandai menghormati ibubapa semasa menghadapi perselisihan antara mereka. Tak ketinggalan, selitan bab poligami turut diketengahkan. Sepanjang ana menonton drama Melayu,cbelum ada lagi kisah yang memaparkan kelebihan mengikut sunnah nabiyullah ini. Kebanyakkannya seolah-olah menyetujui poligami berkait rapat dengan perpecahan rumahtangga.



Drama ini cukup untuk mengoyak persepsi masyarakat terhadap mereka yang mendalami ilmu agama. Sememangnya sangat terasa bagi ana sebagai seorang muslimah yang berpurdah dan juga akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama di Jordan.

Watak Islamik yang tidak Islamik yang bagaimanakah cuba ingin dipaparkan agaknya, ya ?



Rentetan itu, beberapa perubahan perlu dikaji dengan teliti oleh produksi perfileman negara sebelum watak tersebut digambarkan sebagai cuba memalukan orang yang beragama.

Sememangnya tidak dinafikan mungkin wujud sikap orang yang beragama seperti itu, taat akan perintah Allah tetapi tidak berakhlak mulia. Namun mungkin segelintir kecil sahaja. Sudahlah drama islamik kurang, apabila dibuat pembikinan pula digambar orang yang beragama seperti itu. Taksub akan syariah namun tak pandai bermuamalat sesama manusia.

Oleh itu, penghayatan yang penuh mendalam dalam hal ini perlu dipandang rapi oleh pihak tersebut. Teringat pula baru-baru ini seorang pelakon yang sangat terkenal dengan watak perempuan islamik ditemu ramah dalam rancangan temubual Wanita Hari Ini yang mengakui memang sukar sekali membawa watak tersebut.

“ Memang suatu cabaran kepada saya untuk melakonkan watak perempuan yang sangat menjaga hal-hal agama. Ia sesuatu yang agak sukar dan saya berusaha untuk melakonkan watak ini dengan baik.”

Benar, seseorang yang serius memang sukar untuk melakonkan watak yang periang. Sesuatu yang menongkah arus dengan dengan perwatakkan kita, sememangnya menjadi cabaran besar untuk menjayakannya dengan baik.

Kenyataan artis ini secara jelas menunjukkan penghayatan dalam sesuatu watak adalah penting. Sekiranya seorang artis boleh menghayati watak seram dengan baik, membuat research tentang perkara-perkara ghaib, kenapa tidak untuk drama Islamik pula ?

Ana yakin dan pasti ramai penonton sangat dahagakan drama Islamik yang benar-benar melambangkan syariah Islam yang sebetulnya. Lagi manis andai bukan sahaja semasa penggambaran sahaja, namun rebakan syiar Islam turut dirasai oleh pelakon itu sendiri di luar sesi pengambaran.

Wallahu a'lam

Pilihan raya olok-olok: BN hilang Perak, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno

Usia Najib sebagai PM bakal berakhir?


SHAH ALAM: Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi.

Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000.

Menjelaskan isu Najib, Salahuddin berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.

"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," tegas Salahuddin.

Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.

Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara, meskipun diragui kebenarannya, tetapi ramai orang Umno yang tidak suka.

Meskipun perkara ini dinafikan oleh Najib, persoalan yang timbul sekarang, kenapa beliau terus melakukan lawatan ke negeri-negeri yang didahuluikan dengan membatalkan cuti di luar negara.

"Saya melihat ada sesuatu yang sedang dibimbangi Najib sehingga beliau terpaksa turun ke negeri-negeri sekarang bagi melihat dan memastikan tahap sokongan kepadanya kembali pulih.

"Jika beliau sendiri menghadapi masalah dalaman dalam parti sendiri, bagaimana mungkin beliau akan terus mampu menjadi seorang pemimpin negara yang baik dan berkesan," soal Salahuddin. -HarakahDaily

SEKITAR PERJUMPAAN NAJIB DENGAN POPE.

Najib jumpa pope..bagi aku macam kena je gaya nyer... yer lah macam tak ada satu aura yang berlawanan pun rasanyer...

sebab Najib bukanlah taraf ustaz ataupun ulama.. biasa jer..
kalau tengok dari sudut pemakaian isteri dia si kak mah tu..
kalaulah kita tak kenal si kak mah tu sekali pandang belum tentu boleh confirm dia tu islam..
tapi sebab kita dah kenal dia tu sapa jadi kita tahulah dia tu wanita Islam walaupun tak mcm pun...


sekarang ni bagi aku kalau dia nak jumpa pope tu tak ada masalah.. kalau pope sambut dia tu dengan karpet merah pun bagi aku tak ada masalah...

aku nak risau akidah dia tergelincir lak ker...?? selama ni dia belum tergelincir lagi ker...? aku pun tak tahu...

cuma yang aku kisahkan ada dua perkara...
(sila baca perenggan dibawah ini... ceehhh macam soalan peksa lak..hehehe..)

1) Adakah Najib pernah beriya-iya.. bersusah payah.. dan berusaha dengan begitu keras untuk jumpa dengan para Ulama' Muktabar Islam di peringkat antarabangsa..? dan adakah Najib melihat pentingnyer dan besarnyer perjumpaan dengan pope ini lebih penting dan besar dari dia jumpa dengan Ulama' besar Islam...?

2) Kenapa tokoh-tokoh politik PR dikecam dan difitnah sekiranya mereka berada disamping orang-orang besar dari agama lain..? sedangkan bila Najib jumpa dengan pope tiada pula blogers UMNO mengatakan Najib nak jual agama? tak kata Najib nak samakan semua agama...?
kenapa bila pemimpin PR yang melakukannyer,mereka difitnah dan dikecam seolah-olah mereka pengkhianat agama....?

Kalau bagi aku sendiri ler... seandainyer TGNA berjumpa dengan Pope,aku tak bimbangkan apa-apa... sebab dia boleh jawab segala persoalan yang mungkin ditanya oleh Pope mengenai agama..


tapi kalau Pope ni tanya Najib tentang Islam,aku rasa mau Najib menggelupur dan berguling-guling nak menjawabnyer... silap-silap mau dia jawab "alah Islam tu macam kristian jugak ler..." hehehe
aku rasa Pope tu lebih tahu banyak tentang Islam berbanding Najib hehehe.... tu pendapat aku je lah... hehehe...

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan

Ahad, 31 Julai 2011

Tip Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kita peluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini. Sungguh, Ramadhan ini bulannya istimewa. Banyak kelebihan dan keberkatan diberikan Allah pada bulan ini. Jadi, disini aku sharekan cara nak khatamkan Al-Quran dalam masa sebulan.


1 juzuk = lebih kurang 10 helai.

Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.

Bermaksud, 1 solat = 2 helai bacaan.

Jangan terkeliru helai dengan mukasurat. 1 helai, 2 mukasurat ye. Jangan konpius okeh.

Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan. Atau 1 helai sebelum solat, 1 lagi selepas solat. Pun boleh :)

Jika terlepas bagi mana-mana solat [cth: mungkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]. Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal[Asar, Maghrib, atau Isyak]

Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.

Senang kira, dalam sehari tu pastikan kita dah baca paling kurang 10 helai/20muka surat.

Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!

Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:

1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb

1 hizb = 4 rubu’

1 juzuk = 8 rubu’

Cedera bermain Futsal, Najib jalani pembedahan lutut

AKIBAT dari kecederaan yang dialaminya semasa bermain futsal tempoh hari, Najib dilaporkan akan menjalani pembedahan pada lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur esok

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/cedera-bermain-futsal-najib-jalani.html#ixzz1ThOilHVa

Ini bukan berita tipu, ini berita betul-betul punya. Kalau pihak pembangkang cedera semua tipu, kalau Najib cedera itu berita betul, berita sahih. Anwar Ibrahim mata lebam kerana tumbuk mata sendiri, Mat Sabu kakinya dipasang skru kerana beliau berlakon.

Teoh Beng Hock mati kerana bunuh diri, Ahmad Sarbaini pun bunuh diri. Peserta perhimpunan Bersih, berlakon sakit, berlakon mati. Pembangkang semuanya jahat yang baik hanya Najib dan Rosmah. Orang lain kalau cedera semua tipu, semua berlakon kerana nak dapatkan simpati.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/cedera-bermain-futsal-najib-jalani.html#ixzz1ThOwC8EG

Rumah2 pemimpin di malaysia

1.rumah tuan guru nik aziz


2.rumah tuan guru abdul hadi


3.rumah pemimpin BN

Ribut sambut najib di Port Dickson

Mungkin najib menjangkakan sambutan paling teruk akan diterima olehnya dalam satu program di Port Dickson pada hari semalam adalah kelibat rakyat yang akan menyambutnya dengan berpakaian kuning, atau paling tidak pun kesilapan memilih menu minuman yang berwarna kuning bukan merah,

Namun kehadiran najib kali ini sangat berbeza, ia mungkin menjadi sejarah yang tidak mungkin akan dilupakan najib dan rosmah,apatah lagi penduduk setempat.

Mungkin selepas ini rakyat di Port Dickson tidak lagi mahu perdana menteri dan isterinya itu hadir lagi kesana. bukan membawa tuah, namun kehadiran najib dan rosmah mungkin dianggap membawa bala.

Rombongan Rosmah dan isteri ..
Errrm..... maksud saya najib dan isterinya, disambut dengan ribut ganas, itu lah yang terjadi.

Ribut yang sangat ganas itu seperti mahu memaki hamun dan usir pergi najib dan rosmah, mungkin kerana ada kesilapan lampau yang telah dilakukan oleh salah seorang atau kedua mereka di sana.

Beberapa keping gambar sedang tersebar hebat di internet menceritakan betapa ribut kali ini bukan ribut biasa, namun ia sangat pelik dan seperti mahu bawa satu tanda.



"INI ADALAH KUBAH MASJID BAGAN PINANG..masjid ini pernah menyaksikan seorang imam yg juga ahli PAS dipecat tanpa ada sebarang kesalahan yg dilakukan. dianiaya..! kemudian diarahkan imam untuk menyokong umno"

"Kebiasaannya Allah mengecualikan rumahNYA dari sebarang bala bencana.....tapi dlm hal ini berbeza.....siapa yg tahu jawapannya?"

"Mungkinkah ini tandanya Allah sedang menghantar isyarat.....Allah sedang memberitahu kita tentang sesuatu....fikir-fikirkanlah kepada yang masih belum sedar....kezaliman keatas rakyat mengundangkan 'cuitan' Allah.."


Itu antara beberapa petikan komen dari posting gambar diatas yang az ziarah ambil dari laman sosial facebook.Muhammad Saufi antara saksi di tempat kejadian pula berkata

"Sebelum kehadiran mereka kesini, berlaku bencana pertama apabila berlaku tanah runtuh dan mnyebabkan loji penyimpanan air di linggi pecah dan rakyat PD terputus bekalan air selama ...3 hari. (belum pernah berlaku)

Kemudian ketika hari kejadian, suasana pada awalnya sangat-sangat2 bagus. Tatkala rosmah dan najib jejak saje kaki ke bumi PD, langit mula gelap dan terus gelap tetapi hujan tetap tidak turun.

Ketika najib berucap langit seakan tidak boleh dikawal gelapnya, tetapi tetap tidak turun. habis sahaja program, hujan ribut, taufan yg berlaku belum pernah kami lihat sedasyat itu.

Bayangkan bayi boleh terlepas dari pegangan ibunya sehingga terbang ke udara. kereta boleh terbalik ditiup angin. bayangkan berapa kuat ribut itu.

Yang lebih ironiknya, khemah2 kepunyaan polis, terbang hancur dibantai ribut tetapi khemah-khemah kepunyaan tentera hanya sikit sangat rosaknya tetapi tidak diterbangkan angin ribut..! khemah2 tentera dan pdrm berada di kawasan lapangan yg sama tetapi khemah pdrm jahanam dihancurkan alam dan tentera tidak ..fikirkanlah.

Ada kampung yg dekat dgn kawasan dukun rosmah tak pernah banjir, tetiba banjir mngejut..! kampung beliau di kg sawah sunggala yg selalu banjir apabila hujan seperti ini tidak pulak banjir seperti biasa. "



Kejadian ini seperti kata ramai amat dasyat, ia melibatkan kemusnahan yang terlalu teruk, ramai peniaga kecil kerugian apabila khemah-khemah perniagaan mereka hancur dan berserakan di atas jalan, seperti yang pernah digambarkan oleh rejim UmnoApco apabila mereka cuba memburukkan himpunan BERSIH dulu.

Ia juga mengakibatkan kerugian harta benda, rumah musnah dan hancur, keadaan jadi kacau bilau dan menimbulkan kesulitan pada penduduk setempat, kenderaan awam habis rosak teruk dan pokok habis tumbang seperti baru dilanda thusnami sama juga seperti yang pernah rejim UmnoApco gambarkan melalui media massa satu ketika dahulu untuk memburukkan himpunan BERSIH.


Sebenarnya mengikut cerita ini bukan kali pertama lawatan najib dan rosmah disambut dengan keadaan yang mencemaskan ini. sebelum ini kejadian serupa hampir berlaku di melaka.




Kejadian pelik di Port Dickson pada sabtu genap minggu ke3 selepas himpunan bersih ini meragut dua nyawa apabila kenderaan mereka dihempap pokok, menerbangkan satu bayi,mencederakan ramai lagi yang tidak berdosa dan membuatkan ramai yang derita

Adakah ini satu kebetulan atau sebagai peringatan.mungkin juga satu bentuk sindiran pada rejim umnoapco yang terasa mereka sangat berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja. rosmah pernah sinis meminta jaga alam sekitar supaya tidak berlaku bencana alam semasa memberi komen thusnami di negara jepun dahulu, mungkin ini sindiran Allah padanya, agar mulut tidak terlalu enak berkata, nah....dan selepas ini kita juga boleh menyindir rosmah dengan berkata

Khamis, 28 Julai 2011

Hujah Dangkal Untuk Patahkan Bersih 2.0

Lantaran terlalu banyak kekeliruan mengenai penganjuran Bersih, jadi ana terpanggil untuk menjelaskan hal ini. Mungkin sahabat-sahabat boleh melihat hujah-hujah lain yang telah melambak-lambak di ruangan laman sosial yang lain. Tapi ana di sini, ana mahu kemukakan sedikit pendapat ana dari sudut pemahaman seorang muslim, remaja muslim dan juga pelajar muslim.

Berakhir sudah demam kuning yang melanda negara demokrasi ini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga ana mencoretkan sepatah dua kata mengenai detik berkontroversi ini walaupun agak lambat lantaran agak sibuk menguruskan modul dan kem.

Baru sahaja jari ini rancak memulakan posting ini ,tiba-tiba ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat baik ana yang rupanya ingin bertanya dengan hal ini juga.

Teringat ana saat kemuncaknya peristiwa ini, ana bermalam di sebuah homestay. Ramai juga yang sibuk berbicara mengenai hal ini. Dan seperti biasa, ana lebih berminat untuk menjadi pemerhati sahaja.

Berhampiran ana, terdapat dua orang sahabat yang masing-masing lantang berbicara mengenai hal itu.Ana hanya memasang telinga. Lantang sekali mereka mengeluarkan hujah. Wah, mantop !

Ada yang mengajak ana turut serta memberikan pendapat tetapi mood bercakap ana hanya datang sekiranya ada isu, sekiranya diminta pendapat dan sekiranya untuk menjalankan amanah sahaja. Biasanya mulut ana akan terbuka waktu itu, ana lebih suka kembali ke fitrah ana yang suka mendiamkan diri sahaja.

Tiba-tiba datang seorang sahabat menyapa.
“Family awak sekarang ini semua berada di KL lah ?”, ana tersenyum menggangguk sambil merangkak merapatinya sedikit.

“Kiranya tiada siapa di rumah awak sekarang ?”, dia kembali membuka topik bicara.

“Ya, mereka ke KL, menziarahi keluarga dan sambil-sambil tu memBersihkan kota raya.”ana mengusiknya.

“Keluarga awak sokong ke ? Awak pun ?”

“ Ya, mestilah “,ana menjawab ringkas tanpa sebarang syak.

“Awak tahu siapa pengerusinya ?” Riak wajah ana berubah. Oh, rupanya dia benar-benar mahu membuka ruang perbincangan.

Ana senyum mengangguk. “Ambiga Sree kan ?”

“Dah Ambiga Sree tu agama apa ?” Dengan nada yang agak tinggi, ana mendapat signal yang petang itu tak sepatutnya berakhir dengan percanggahan pendapat, dalam suasana cuti yang merehatkan dan pembinaan ukhwah yang masih baru terjalin di homestay itu.

Ana senyum dan diam seketika, mukanya nampak serius. Insan lain yang turut berada di situ masih lagi hingar-bingir dangan sokongan terhadap demam kuning ini. Berkira-kira ana nak teruskan perbualan tersebut. Bukan takut, buka tak tahu, tapi teringat akan sebuah hadith nabi.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun), di akhirat kelak Allah SWT peruntukkan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya di pihak yang benar (muhiqqun), Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga.”

Dia memandang tajam , menantikan tinta ana. Urat saraf ana berkejar-kejar mencari jawapan bagi mengelakkan perbalahan dan perselisahan. Buntu. Mahu tak mahu, ana terpaksa menjawabnya.

“Hmmm dia Hin...”, tiba-tiba sebelum sempat ana menjawab penuh, seseorang membuka pintu bilik solat dan memberitahu ana terdapat bilik air yang tidak digunakan pada waktu itu.

Ana terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja dia mengkhabarkan perkara itu pada ana walhal di ruangan itu, ramai lagi yang menunggu panjang menunggu giliran masing-masing untuk menggunakan bilik air.

Ana menarik nafas lega dan ana meminta diri untuk ke membersihkan diri lantaran sudah hampir masuk waktu solat.

“Nanti kita borak-borak lagi, ya !” Ana mengakhiri perbualan. Matanya mengiringi ana keluar.

Ana sedikit lega, mujur dapat mengelakkan satu percanggahan pendapat. Bukannya ana tak mahu menerangkan kepadanya, tapi waktu yang tidak sesuai, ditambah pula dengan situasinya yang agak beremosi menyebabkan ana memilih untuk berborak pada waktu lain.

“Kesian, dia tidak faham.” Ana sangat suka mempunyai sahabat-sahabiah yang bukan sahaja pandai dalam ilmu agama, tetapi juga celik politik. Ana memandang seseorang dengan sangat kasihan dan kolot lebih-lebih lagi sekiranya dia pandai dalam bab agama, pandai dalam bab akademik, tetapi isu semasa diabaikannya.

Mengapa Ambiga Sree ?

Pertama, sebelum mengeluarkan pendapat atau hujah, perlu difahami terlebih dahulu :

Apa itu BERSIH?

BERSIH merupakan singkatan bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik. Pendek kata, BERSIH merupakan anjuran NGO bukannya parti politik seperti Pas ataupun PKR.


Siapa Ahli Jawatankuasa BERSIH ?




Apa tujuannya ?

Matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.
.
Berikut adalah 8 tuntutan bersih :

1. Membersihkan senarai undi
2. Reformasi kepada undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Tempoh kempen minimum 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.

Cara menyatakan tuntutan :
BERSIH menganjurkan demonstrasi aman ke-2

Lihat dan fahami tuntutan BERSIH ini.

Dan sekiranya ada yang berhujah menyatakan bahawa pilihanraya di Malaysia sudah adil tanpa perlu sebarang perubahan apa-apa lagi, kenapa kerajaan sangat takut dengan penganjuran ini sehingga sistem pertahanan negara ditumpukan kepada isu ini ?

Dan sekiranya pihak penganjur menyatakan ingin mengadakan demonstrasi secara aman, kenapa pula diarahkan jalan-jalan raya disekat, kedai-kedai ditutup ?


Setelah difahami dan diteliti dengan betul objektif penganjuran demonstrasi aman ini, maka warganegara mana yang mahu menolaknya ?


Adakah anda tidak mahu pilihanraya bebas dan adil berjalan di Malaysia ?



Maka berpusu-pusulah yang menyokong hasrat NGO ini terutama pihak pembangkang yang telah banyak kali mempersoalkan hal ini kepada pihak kerajaan tetapi tidak dihiraukan malah penyelewengan dalam pemerintahan semakin menjadi-jadi, lantas menyertai tuntutan BERSIH ini.

Ya, kebanyakkannya pembangkang yang menyokongnya, mana mungkin pro-kerajaan mahu menentang pemimpin mereka sendiri.

Harga barang yang naik pun dikatakan tak mengapa, asalkan barang tersebut masih ada. Hujah dangkal !

Perlu diingatkan, setiap penyokong BERSIH yang menyetujui tuntutan ini tidak semestinya menyetujui agama Ambiga Sree sebaliknya hanya memberi sokongan terhadap apa yang ingin dibawanya iaitu keadilan dan hak sejagat !

Satu analogi ana bawakan.
Pernahkah anda mendengar tentang Earth Hour ?

Ia merupakan program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) !
Caranya pelaksanaannya adalah dengan menutup kesemua barang yang menghasilkan cahaya selama sejam. Cara ini didakwa dapat mengurangkan pemanasan global. Ini adalah ideologi Barat.

Sebaik sahaja WWF ini mengumumkan Earth Hour, maka ada yang menyokong dan ada juga yang menentangnya. Biasalah, setiap sesuatu isu ada pro dan kontranya.


Apa tidaknya, sebuah kilang besar mana mungkin boleh melaksanakannya ? Sekiranya ditutup selama 10 minit sahaja sudah rugi berjuta-juta ringgit apatah lagi sejam !

Dan apa yang nak disampaikan pada contoh Earth Hour ini ialah, ramai juga rakyat Malaysia yang ingin menunjukkan keprihatinan mereka menyertai kempen ini, bergelap seketika apabila waktu itu diumumkan. Nah, di sini ana mahu tanya, adakah semua yang menyokongnya sokong agama pengerusi WWF beragama kristian itu ?

Tentu sekali jawapannya TIDAK !!!
Rakyat yang menyokong kempen ini adalah yang menyetujui bahawa kempen ini dapat mengurangkan pemanasan global bumi dan bukannya bersetuju dengan agama atau bangsa penganjur tersebut !

Kenapa tidak dilantik orang Melayu/ Islam sahaja yang mengetuainya ?

Hal ini sudah terjelas, yang menganjurnya bukannya parti Pas, bukannya PKR tetapi sebuah badan NGO yang kebanyakkannya terdiri daripada peguam-peguam negara yang tentu sekali fasih dengan sistem keadilan di Malaysia. Mereka yang berani bangkit, tidakkah kita yang mendakwa bumi Malaysia milik Orang Melayu berasa malu ?

Maka ada yang bertanya, mengapa Mat Sabu, pemimpin Pas pula yang menjadi orang kedua penganjuran demonstrasi BERSIH ?

Analogi tahap mudah ana berikan, sekiranya ana ingin menganjurkan sesuatu program, pastinya ana mahukan ahli jawatankuasa ana terdiri daripada mereka yang kenamaan bagi meraih sokongan bagi menjayakan program tersebut.Jadi sekiranya ana di tempat NGO itu, ana juga bersetuju dengan pelantikan Mat Sabu supaya dapat menarik ahli-ahli Pas itu sendiri.

Dalam konteks ini, kita mahukan tuntutan ini disuarakan dan mendapat perhatian bukannya kita mahu mengangkat Ambiga Sree sebagai Perdana Menteri, jauh sekali ingin mewartakan agama Hindu sebagai rasmi negara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Fikirlah orang kafir laknatullah sendiri pun mahu menuntut keadilan, apatah lagi kita yang seorang muslim dan yang selalu membangkitkan isu ketuanan Melayu ini.

Selasa, 26 Julai 2011

Warkah buat saudaraku anggota polis

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Ahad, 24 Julai 2011

undang2 islam

Firman Allah Taala:
Dan hendaklah kamu menjatuhkan hukuman di antara
mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah
diturunkan ALlah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari
hukum yang diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan
musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa
mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah
orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:49)

FirmanNya lagi:
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan sendiri oleh
Allah. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya.
Dan Sesiapa yang mencabuli hukum-hukum yang telah
ditentukan ALlah, merekalah orang yang zalim.
(Al-Baqarah:229)

FirmanNya lagi:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus sebatan, dan janganlah kamu dipenmgaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman
kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah
disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman.
(Al-Nur:2)

--------------
Begitulah sebahagian dari nas-nas yang berhubungkait
dengan kewajipan qisas dan hudud. Amat malang sekali
di dunia Islam, yang pemerintahnya adalah orang Islam
dan yang rakyatnya majoriti beragama Islam telah
meminggirkan firman-firman yang berkaitan dengan
qisash dan hudud. Tambah malang lagi, umat Islam takut
terhdap pelaksanaan hukum hudud. Lebih takut dari
hantu jembalang. Dan bertambah-tambah malang lagi,
ialah apabila ada di kalangan tertentu dari umat Islam
yang cuba melakukan propaganda halus memomokkan rakyat
dengan undang-undang hudud. Mereka itu adalah golongan
yang sedang menerima laknat dari ALlah Rabbul Jalil.

wahai saudara2 islam semua ketahui ..jgn la memberi alasan yang anda sendiri tidak pasti kelak akan membinasakan anda semua..nauzubillah..silap percakapan anda akan di kata menentang Allah..kenapa perlu membandingkan dengan org yang bukan Islam..jawapan nye..kita adalah ISLAM.....kita la yang telah diutuskan dimuka bumi untuk melaksanakan syariat Allah..anda ingat perlaksananaan hukum hudud itu begitu mudah..curi je terus potong tangan..dituduh berzina ..disebat seratus sekali..begitu jahilnye kita semua..disebabkan itu kita disuruh menuntut ilmu..bukan membagi pandangan buta tuli..

Golongan sekular akan mengatakan bahawa undang-undang
itu terlalu kejam. Tidak berperikemanusiaan. Kemudian
mereka akan mengatakan, bagaimana dengan orang-orang
kafir? Sudah tentu mereka tidak akan menerimanya...
Tidak cukup begitu, mereka mengarahkan para ulamak
mereka untuk menafsirkan kembali nash-nash hudud.
Sehingga ada yang sanggup mengatakan bahawa ayat-ayat
mengenai hudud itu hanyalah pada zahirnya sahaja. Yang
perlu diambil ialah pengajaran dan nilainya..
AKibatnya mereka membatalkan hudud yang termaktub di
dalam al-Quran.

Baiklah, apabila mereka mengatakan bahawa orang-orang
kafir tidak akan menerima perlaksanaan undang-undang
Islam, lalu para ulamak Islam bangkit memberi
penjelasan bahawa ada sebahagian mazhab yang
membolehkan orang kafir membuat pilihan, samada
undang-undang Islam atau undang-undang mereka.

Puak sekular menjawab, di mana keadilan perlaksanaan
hudud. Hanya pada orang Islam sahaja. Tidak pada orang
kafir. Nanti, katanya, jika ada dua orang yang
mencuri. Seorang muslim dan seorang kafir, maka si
muslim akan dipotong tangannya, sedangkan si kafir
tidak. Apakah ini adil, katanya. Nanti, ramai orang
Islam yang kudung tangannya. Bagaimana dengan
kehidupan mereka? Sudah tentu mereka akan ketinggalan
berbanding dengan orang kafir.

Kemudian bila mereka kata undang-undang Islam terlalu
kejam serta tidak sesuai dengan zaman ini, lalu para
ulamak bangkit lagi menjelaskan bahawa undang-undang
Islam ini amat teliti. Prinsipnya ialah, lebih baik
tersalah dalam melepaskan orang yang bersalah daripada
tersilap dengan menghukum orang yang tidak bersalah.

Para ulamak menjelaskan lagi, sebenarnya amat sukar
untuk mensabitkan seseorang dengan kesalahan hudud.
Perlu begini dan begini...

Mereka menjawab, ringan sangat. Kalau begitu ramailah
penjenyah yang terlepas begitu sahaja...

------------------
Kita tidak tahu samada manusia seperti ini wujud atau
di Malaysia, negara tercinta ini. Jika wujud, kita
wajib melarikan diri darinya.

Dan, ada yang kata tidak perlu.. Kita perlu
mendekatinya dan berdakwah kepadanya.

Kami berkata, tidak perlu.. Wajib menjauhkan diri
darinya atau kamu yang akan disambar kejahilan dan
kejahatannya. Berlepas dirilah darinya.

Kita akan ditimpa bencana jika kita mengangkat
orang-orang seperti ini menjadi pemimpin kita, teman
dan pembantu kita..

"Jika mereka berpaling (dari hukum yang diturunkan
Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah
mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka
disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka."
(Al-Maidah:49)

Azab Allah yang MAHA pedih dan laknat dariNya melaknat
ke atas orang-orang yang sengaja mencari alasan itu
dan ini untuk menjauhkan diri dari melaksanakan serta
menghalang perlaksanaan syariatNya di bumi bertuah



ini.

Rabu, 20 Julai 2011

7 Alasan Mengapa Saintis Percaya Akan Adanya Tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden ‘New York Academy Of Sciences’ yang pertama kali terbit di dalam Reader’s Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.
Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.
Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.
Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.
Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.
Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.
Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia – dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan – semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal – menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan – keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin – keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung – hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.
Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.
Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya